Laman Blog ini kelihatan segak lagi tampan dengan browser Internet Explorer 6 dan ke atas.

Thursday, November 13, 2008

7 Sebab Norman Hakim & Memey Suhaiza Cuci Motor Daripada Berkhalwat

  1. Norman Hakim boleh cuci motor depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang Norman Hakim asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin apabila dibasuh oleh Memey Suhaiza menggunakan sabun.
  4. Apabila membasuh motor, Norman Hakim & Memey Shuhaiza boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Norman Hakim tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor Memey Suhaiza.
  6. Lepas cuci Memey Suhaiza boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Memey Shuhaiza tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi di dalam bangunan pejabat. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh basuh motor tanpa takut ditangkap berkhalwat.

Sekadar hiburan di malam Jumaat. Copy paste dari kahkahkah.mnazman

Tuesday, November 11, 2008

SYARAT-SYARAT POLIGAMI (CADANGAN)


  • Sihat tubuh badan.
  • Berpendapatan kencang ( income>3k per wife) haha
  • Perlu mengambil peperiksaan khas

Advance financial accounting
Consolidated Balance Sheet
Consolidated Income Statement

Add math
Probability (kebarangkalian bankrap & etc) hoho
Limits (lu pikir la sendiri)


  • Boleh jadi imam.
  • Boleh mengaji.
  • Tau surah An-nisa’ eh? Translate meh satu persatu. Jangan cicir satu perkataan mahupun ayat. Ada bran?

Yeeehaaa... gerenti ramai laki-laki di luar sana yang memaki hamun aku bila baca post ni... esp yang gatal2 miang keladi tak sedar diri & berumur 40tahun ke atas... whoahahaha

Saturday, October 4, 2008

Duit Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke.... errr.... 21 buat aku...

Setiap kali raya, budak-budak la yang paling2 seronok... Dapat baju baru, seluar baru, dan paling2 syok sekali, "DUIT RAYA".

Huh... seumur hidup aku ni, (2 dekad lebih dah), duit raya tiap2 tahun, tak pernah cecah RM100... sedangkan member2 aku ada yang sampai RM300...
WOWWWW....

Kenapa duit raya aku sikit? Takpela...aku tetap berbangga, sebab aku rasa, aku lah antara kanak-kanak yang bermaruah... MARUAH???

Rumah aku ditakdirkan mempunyai undang2 ketat (cuma tiada akta khas yang pernah digubal)... Salah satu daripada undang2 Perayaan Aidilfitri adalah:
  1. mana mak abah pegi, WAJIB follow... ekau jangan ngada2 nak tinggal... penampar nak???
  2. mesti pakai kasut, jangan mengada2 nak pakai selipar... penampar nak???
  3. Baju mesti "tuck in"... hahaha teringat plak zaman kecik2 dulu...
  4. Pegi umah orang, dok diam2...mana mak duduk, situ la ekau duduk... jangan ngada2 nak berjalan2 dalam umah orang...
  5. Jangan pergi beraya sendiri... kalau nak pegi beraya dengan kawan2 buleh... tapi make sure pegi rumah orang yang KENAL je... tak kenal, jangan ngade2 nak pegi... tunjuk muka tak malu, datang umah orang semata2 nak mintak duit raya... TU BUKAN BUDAYA KITA !!!
  6. Dah tak ingat dah apa undang2 lain... akan di update kemudian kalau dah teringat nanti...

Apa yang nak disampaikan kat sini sebenarnya, pasal duit raya je...

Didiklah anak2 supaya jadi manusia yang bermaruah... carik duit dengan jalan yang betul... bukan menjaja muka ke tiap2 rumah, tanpa usaha yang betul, semata-mata nak dapatkan duit raya... adab & tertib kat rumah orang pon nak kena diajar...

*Pernah ada kes, budak datang beraya kat umah aku, datang kayuh basikal 6km, semata2 nak beraya kat umah orang yang tak kenal... Part paling best, gigit kuih raya sikit, pastu letak balik dalam bekas... sungguh hebat cara hidup kanak2 tersebut... syabbasss syabbasss...

Wednesday, September 24, 2008

Mat Salleh Melatah?

Dah lama nak tulis pasal cerita ni. Tapi tak berkesempatan. Agak sibuk 2-3 bulan kebelakangan ni.

Ok cerita kali ni kisah mat salleh melatah.

Satu hari, aku dan budak serumah aku pegi makan nasik lemak antarabangsa. Mana lagi kalau tak Kampung Baru KL. Nak dipendekkan cerita, tengah kiorang makan-makan sambil sembang-sembang (contoh tak baik ni untuk kanak-kanak), datanglah segolongan "foreigner" duduk sebelah meja kitorang. Dengar la dorang bincang² nak order apa... "ice lemon tea... aaa... no no no... hurmmm....skyjuice... blablabla"...

TIBA-TIBA

Salah sorang dari dorang ni mencucuk pinggang salah sorang geng dorang ni la (beterabur ayat kali ni).

Dan dengan sepantas kilat terkeluarlah satu perkataan "oh babi"... Aduuhaiiii boleh pulak melatah bahasa melayu... hahahahaha.... aduhaiiii....

Saturday, July 12, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak Mentah Dunia (kot)

Sumber gambar dari Pairacy.com

Aku tak pasti la ni dari negara mana... Tapi ni salah satu pengubahsuaian yang lebih menguntungkan berbanding menukar ekzos besar, tinted V-Kool, tukar enjin turbo, etc. Bak kata PM kita, "UBAH GAYA HIDUP"... haaa moh kita ubah sampai lebam... kat mane korang nak kerat kereta, korang carik la lubang sendiri... hahaha

Walau apa pon rupa kereta anda diubah suai, ianya tetap kereta anda juga... Macam contoh kat atas ni jugak, ianya tetap CAMRY... hahaha

*Tapi CAMRY version 2 tayar ni tak perlu reverse sensor kot... haha
**Cerita ini rekaan semata-mata. Tak tau ape pon sebab dorang kerat kereta macamtu...haha

Wednesday, June 18, 2008

English, it's useful

Yeah... English is useful right?
Have you being a gangster?
Have you being a “skema badut”?

Ok. I"ll give you an example.

Let say that you are gangster.

You are on your way to go home with your gangs. Suddenly, you saw someone (Malay boy) reading an English paper.

You said, Baca surat khabar orang putihh… kita dok Malaysia, kena la cakap Melayu and he just avoid your stupid action. And because of that, you slap his shoulder because there is no any response from that skema boy.

Suddenly, one foreigner came to you and ask, "Can you please tell me the nearest stop to the national monument?”.

You don’t even know what does it means by “National Monument”. Is it “rumah makcik Maimon?”

You still want to answer that question because; you are “great” right? Haha… and you said,”
you straight, and don’t belok2… straight je…ok yes no thank you all right. Come again later.”.

Of course she don’t get anything from your stupid dialog. Suddenly…

Miss…I can help you… three stops away, after you get down, you follow the signboard

And then, after that woman said “thank you” to that skema boy, she leaves you and your gangs.

And that skema boy “sound direct” to you:

Tu la korang… national monument pon tak tau… Tugu Negara la… tu la orang suruh belajar taknak… kalau korang baca ***, senang dapat kerja”, at the same time, he give you that thingslah.

And the question is…

What will you do if you are the gangster?
A: You take the paper, and cover your face from others?
B: You take the paper and “hentak” that “skema” boy because of “sound direct”?

Lu pikirla sendiri…

-Hazriel-

Iklan Aneh

Lama dah tak update. Hari ni tengok2 dekat TV*, tertengok pulak satu iklan menarik.

Iklan tu berkisarkan (cewah, berkisarkan pulak) pasal pencuci tandas. Iklan yang dari zaman berzaman, menunjukkan kehebatan pencuci tersebut, menanggalkan kotoran tandas. Hehe.

Yang anehnya, pakai sikit punya smart, siap tie merah berkot hitam, datang bawak pencuci tandas. Aduhaiii jem sungguh.

Lagi anehnya, pandangan dari sudut atas tandas, nampak normal je toilet bowl tu. Tapi satu lagi shot dari sudut sukar (dari dalam toilet bowl), uuuuu mak aih... gila besar toilet bowl tu. Agaknya untuk pasangan yang ingin "invest" bersama-sama mungkin?

Dan paling2 anehnya, iklan pencuci tandas ni, ada pulak menawarkan sesi makan bersama seorang selebriti. Dan pendapat peribadi aku mengatakan, ianya MEMANG ANEH @ PELIK. haha.

Tidak mengkondem, tidak mengutuk, cuma meluahkan rasa kehairanan. :P

-Hazriel-

Tuesday, June 3, 2008

Bahasa Melayu tak best

Dahulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara.
Tapi sekarang??

Dan sekarang ditukar menjadi Malaysian Qualifications Agency.

DAN LAGI DITUKAR KE BAHASA INGGERIS?

Dan sekali lagi, INI MALAYSIA ATAU MANCHESTER?

APECERRR???

-Hazriel-

Sunday, June 1, 2008

Mat saleh belacan

Orang Malaysia akan merasakan diri mereka ini “teror” bila pandai berbahasa Inggeris dan tak pandai berbahasa melayu. Betul ke?


Sumber: akimr's blog

Punyalah nak menunjukkan diri tu pandai, sampai tulis pon lebih pandai dari mat saleh. Ke ada orang Malaysia ni yang merasakan bahawa bahasa melayu ni bodoh? Ada jugak tempat kat Malaysia ni yang memberikan “priority” (kalau cakap keutamaan takut ada yang tak paham pulak) pada Bahasa Inggeris.

Contoh:
Managing Director
(Pengarah Urusan)


Kenapa tak tulis macam ni?

Pengarah Urusan
(Managing Director)


Mungkin ini strategi bisnes la kot. Ye ke? Ye la. Aku kan kuno~~~

Tu dari sudut perniagaan la. Tapi aku tengok Datuk Farid Ridzuan (CEO Media Prima) tu relex je cakap BM. Takde pon felat vahasa inggeris. Irfan Khairy jutawan internet pon, elok je cakap BM. Anita Sarawak bertahun2 dok oversea, masih berabuk cakap BM... ni yang nama baru nak naik, dah nak sebok syepiking inglish <-- aku tak tau eja. (Metafora)

Kalau menjawab periksa pulak, atau dalam apa2 surat perjanjian (agreement), pernah tak korang terbaca dalam terma ke syarat ke apa2 lah:

“sekiranya terdapat percanggahan antara BM dengan BI, BI akan diguna pakai”

Ayatnya bukan la macam tu. Tapi maksudnya macam tu la. Penah tak korang terkena kes macam ni? Kita kat Malaysia atau kat Manchester?
Fuh. Nampaknya, aku tak boleh terus menaip. Kalau tak, makin ramai yang berbulu dengan aku. Baik layan lagu melayu nyanyian mat saleh.

Rojak is ok la... 100% using english, is not ok la for me... we live in Malaysia right? Bahasa rasmi apa? BM maaa.... apecerrr sampai nak guna 100% english. chehh

bersambung...

-Hazriel-

Sunday, May 25, 2008

Hidup dikeji, Mati dipuji

Senario yang selalu sangat boleh kita lihat di TV, Radio, Internet dan sebagainya.

Kalau Hidup:


Orang biasa

  • "abang Ali ko tak rajin nak buat menda-menda camni. Lebih baik dia lepak tengok tv. Dia tak cam laki ko... blablabla..."
  • "Bini aku takdanya nak masak sedap2 cam bini ko...pemalas kealah...tiap2 kali aku balek keja je tengok dia tengah tengok cite Indon TV9...blablabla..."

Orang politik

  • "Beliau adalah duri dalam daging..."
  • "Tindakan beliau umpama membakar kelambu kerana seekor nyamuk..."
(*Inilah yang akan berlaku bila orang politik dah kehilangan kuasa.)

Kesimpulan: kutuklah mereka selagi mereka hidup. Cananglah keburukan dia selagi mampu. Begitu?


Kalau Mati:


Orang biasa

  • "arwahnya baik sangat dengan akak... arwahnya rajin bawak anak bejalan, shopping, penyayang blablabla..."
  • "arwah temah ni, baik sangat ngan aku Yop... tingat aku mase aku demam teruk dulu, dia la yg masakkan aku bubur, lapkan badan aku, blablabla... pandai jaga anak blablabla..."

Orang Politik

  • "Seluruh Malaysia merasakan kehilangan beliau. Jasa beliau terhadap pembangunan negara tidak terhingga... blablabla..."
  • "Allahyarham seorang yang berjiwa rakyat... tidak mementingkan diri sendiri... banyak mengorbankan masa demi untuk memajukan blablabla..."

Kesimpulan: Puji-pujian buat mereka yang pernah berbakti walaupun hanya dapat dilihat setelah mati. Lebih2 lagi arwah seorang yang telah kehilangan kuasa sebelum pemergiannya.

P/S: Biasa tak anda lihat senario macam ni?

-Hazriel-

Dengki Vs Cemburu

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk mengulas tentang sikap manusia yang ber"Pe'el" pelik ni.
(Baru lepas baca comment satu makhluk yang kurang senang dengan kejayaan orang lain.)

My Opinion

Dengki
-Sakit/iri hati dengan kesenangan orang lain (tak tau la pulak kalau ada yg iri hati dengan kesusahan orang lain :P) . Pada aku dengki adalah SALAH

Cemburu
-Cemburu is cemburulah. Hehehe. Tapi cemburu ni lebih positif la dari dengki. Kalau cemburu dengan kejayaan orang lain, mesti ada rasa nak jadi macam orang yang dicemburukan @ lagi hebat lagi. Tak salah kalau cemburu boleh memotivasi diri sendiri. Pada aku cemburu perlu ada :P

*Buat apa nak jatuhkan orang lain. Jadilah lebih baik dari orang yang lebih baik.

Sekian
-Hazriel-

Tak tahu bersyukur

UNISEL - Semakin hari, semakin ramai manusia yang boleh dikategorikan tak tahu bersyukur dan kurang berfikir. Menaip ikut suka hati, tak berfikir panjang, dan langsung tak berfikir untuk jangkamasa panjang.

Adakah layak mereka ini digelar Pelajar?

Memburukkan nama tempat menimba ilmu tanpa segan silu dan dengan penuh confident walaupun keburukan itu datangnya dari orang lain.

Wajarkah Universiti Industri Selangor dipersalahkan sekiranya Pengurusan UNISEL yang bermasalah?

Komen aku:

You don't have to stay here if you just wanna enjoy your life without thinking about your future. Always thinking that Unisel "di tengah hutan". Betul ke? 7km je dari pekan. Dah pergi ushar IPT lain? UTP penah pegi? Uniten Muadzam Shah penah pegi?

Tindakan tidak berlandaskan akal korang ni (memburukkan nama IPT sendiri) boleh menjejaskan masa depan orang lain. Internet tempat paling pantas menyebarkan khabar angin, berita dll. Keburukan yang korang hebahkan satu malaya ni bukannya tak boleh dibaca oleh majikan-majikan. Come on la. Majikan-majikan ni dah terlebih dahulu menggunakan internet SEBELUM KORANG pandai guna YM untuk mengumpat tu. Tolong fikir apa kesan tindakan korang.

Aku dah naik fedup dengan orang ramai cakap itu la ini la, bla bla bla pasal Unisel. Kalau setakat kawan-kawan korang, makcik-makcik korang yang dok bercerita pasal ni takpa la.

Abes tu kalau MAJIKAN-MAJIKAN yang terbayangkan keburukan yang korang hebahkan tu macamane? Walaupun itu takda kena mengena dengan student, tapi dengan penuh bangganya korang memburukkan nama institusi korang sendiri. Jangan nak tunggu 4-5 tahun dari sekarang baru nak sedar. Dah tersembam, boleh bangun, kalau tenggelam, silap haribulan lemas terus.

Dah tau korang spent banyak duit, pandai2 fikir camana nak dapat return balik.

Tolong jangan jadi SAMPAH atau anjing yang menjilat taik sendiri.

-Hazriel-