Laman Blog ini kelihatan segak lagi tampan dengan browser Internet Explorer 6 dan ke atas.

Saturday, April 11, 2009

Jangan Tegur (Cerita Melayu Tak Pernah Gagal)


9 April 2009 released.
10 April 2009 aku gi tengok.

Dari segi kualiti gambar, komposisi, rasanya Ahmad Idham memang dah bijak dan lebih kreatif berbanding dulu.

Tapi walaumacamana pun, cerita melayu di pawagam memang tidak pernah gagal mengecewakan aku dari segi sound dubbing... Sakit mata tengok mulut dengan suara tak selari... nangis suara tak selari dengan cara sedu-sedan... adoiii tahun brape baru bleh improve ni... kualiti bunyik samaaa je macam cerita sembilu tahun 90an dulu...

Jalan cerita buat aku mengantuk... kalau takde sound effect, jangan harap la aku nak tekejut... (walaupun aku ni memang terkenal dengan kuat terperanjat² dikalangan rakan² sejagat).

Aku dah buang RM10 aku malam tadi. Takpe. Sokong industri laaa bak kata orang. Walaupun orang lain yang kaya, aku yang kopak, tapi sebagai penyokong industri yang tak pernah jemu mengharap kan improvement dari filem tempatan yang sangat seksa untuk improve kan kualiti bunyik, aku terus menonton. Pakai je la microfon biasa, julur2 skit kat atas screen pon takpe... buat cam drama... takde sakit telinga aku ahh... sekian


Sunday, January 4, 2009

Penggunaan Tali Pinggang Kaledar Penumpang Belakang TIDAK CUKUP




Penat kerajaan kita pikir, camane nak kurangkan kemalangan maut. Rasanya tak cukup kalau sekadar mewajibkan pemakaian seat belt bagi penumpang belakang, tak cukup tuu... apo kato kita add some more... Full Face Helmet... dicipta untuk melindungi janggut, dagu, bibir, mulut, misai, hidung, pipi, mata, kening, dahi, kepala dan kepala hotak. Adalah tidak wajar jika undang² yang digubal, tidak menitik-beratkan keselamatan kepala otak mau pun hangguk.




Neck Support. Digunakan untuk menyokong tengkuk la. Helmet tadi nak jaga tengkorak. Ni jaga tengkuk plak.



Ni rollcage. Jaga tengkorak, tengkuk, jaga segala. Menjelang tahun 2100, semua ni dah wajib kot. Hehehe... owh ye, jangan lupa pakai seat belt ye...