Laman Blog ini kelihatan segak lagi tampan dengan browser Internet Explorer 6 dan ke atas.

Sunday, June 1, 2008

Mat saleh belacan

Orang Malaysia akan merasakan diri mereka ini “teror” bila pandai berbahasa Inggeris dan tak pandai berbahasa melayu. Betul ke?


Sumber: akimr's blog

Punyalah nak menunjukkan diri tu pandai, sampai tulis pon lebih pandai dari mat saleh. Ke ada orang Malaysia ni yang merasakan bahawa bahasa melayu ni bodoh? Ada jugak tempat kat Malaysia ni yang memberikan “priority” (kalau cakap keutamaan takut ada yang tak paham pulak) pada Bahasa Inggeris.

Contoh:
Managing Director
(Pengarah Urusan)


Kenapa tak tulis macam ni?

Pengarah Urusan
(Managing Director)


Mungkin ini strategi bisnes la kot. Ye ke? Ye la. Aku kan kuno~~~

Tu dari sudut perniagaan la. Tapi aku tengok Datuk Farid Ridzuan (CEO Media Prima) tu relex je cakap BM. Takde pon felat vahasa inggeris. Irfan Khairy jutawan internet pon, elok je cakap BM. Anita Sarawak bertahun2 dok oversea, masih berabuk cakap BM... ni yang nama baru nak naik, dah nak sebok syepiking inglish <-- aku tak tau eja. (Metafora)

Kalau menjawab periksa pulak, atau dalam apa2 surat perjanjian (agreement), pernah tak korang terbaca dalam terma ke syarat ke apa2 lah:

“sekiranya terdapat percanggahan antara BM dengan BI, BI akan diguna pakai”

Ayatnya bukan la macam tu. Tapi maksudnya macam tu la. Penah tak korang terkena kes macam ni? Kita kat Malaysia atau kat Manchester?
Fuh. Nampaknya, aku tak boleh terus menaip. Kalau tak, makin ramai yang berbulu dengan aku. Baik layan lagu melayu nyanyian mat saleh.

Rojak is ok la... 100% using english, is not ok la for me... we live in Malaysia right? Bahasa rasmi apa? BM maaa.... apecerrr sampai nak guna 100% english. chehh

bersambung...

-Hazriel-

No comments: