Laman Blog ini kelihatan segak lagi tampan dengan browser Internet Explorer 6 dan ke atas.

Sunday, May 25, 2008

Hidup dikeji, Mati dipuji

Senario yang selalu sangat boleh kita lihat di TV, Radio, Internet dan sebagainya.

Kalau Hidup:


Orang biasa

  • "abang Ali ko tak rajin nak buat menda-menda camni. Lebih baik dia lepak tengok tv. Dia tak cam laki ko... blablabla..."
  • "Bini aku takdanya nak masak sedap2 cam bini ko...pemalas kealah...tiap2 kali aku balek keja je tengok dia tengah tengok cite Indon TV9...blablabla..."

Orang politik

  • "Beliau adalah duri dalam daging..."
  • "Tindakan beliau umpama membakar kelambu kerana seekor nyamuk..."
(*Inilah yang akan berlaku bila orang politik dah kehilangan kuasa.)

Kesimpulan: kutuklah mereka selagi mereka hidup. Cananglah keburukan dia selagi mampu. Begitu?


Kalau Mati:


Orang biasa

  • "arwahnya baik sangat dengan akak... arwahnya rajin bawak anak bejalan, shopping, penyayang blablabla..."
  • "arwah temah ni, baik sangat ngan aku Yop... tingat aku mase aku demam teruk dulu, dia la yg masakkan aku bubur, lapkan badan aku, blablabla... pandai jaga anak blablabla..."

Orang Politik

  • "Seluruh Malaysia merasakan kehilangan beliau. Jasa beliau terhadap pembangunan negara tidak terhingga... blablabla..."
  • "Allahyarham seorang yang berjiwa rakyat... tidak mementingkan diri sendiri... banyak mengorbankan masa demi untuk memajukan blablabla..."

Kesimpulan: Puji-pujian buat mereka yang pernah berbakti walaupun hanya dapat dilihat setelah mati. Lebih2 lagi arwah seorang yang telah kehilangan kuasa sebelum pemergiannya.

P/S: Biasa tak anda lihat senario macam ni?

-Hazriel-

Dengki Vs Cemburu

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk mengulas tentang sikap manusia yang ber"Pe'el" pelik ni.
(Baru lepas baca comment satu makhluk yang kurang senang dengan kejayaan orang lain.)

My Opinion

Dengki
-Sakit/iri hati dengan kesenangan orang lain (tak tau la pulak kalau ada yg iri hati dengan kesusahan orang lain :P) . Pada aku dengki adalah SALAH

Cemburu
-Cemburu is cemburulah. Hehehe. Tapi cemburu ni lebih positif la dari dengki. Kalau cemburu dengan kejayaan orang lain, mesti ada rasa nak jadi macam orang yang dicemburukan @ lagi hebat lagi. Tak salah kalau cemburu boleh memotivasi diri sendiri. Pada aku cemburu perlu ada :P

*Buat apa nak jatuhkan orang lain. Jadilah lebih baik dari orang yang lebih baik.

Sekian
-Hazriel-

Tak tahu bersyukur

UNISEL - Semakin hari, semakin ramai manusia yang boleh dikategorikan tak tahu bersyukur dan kurang berfikir. Menaip ikut suka hati, tak berfikir panjang, dan langsung tak berfikir untuk jangkamasa panjang.

Adakah layak mereka ini digelar Pelajar?

Memburukkan nama tempat menimba ilmu tanpa segan silu dan dengan penuh confident walaupun keburukan itu datangnya dari orang lain.

Wajarkah Universiti Industri Selangor dipersalahkan sekiranya Pengurusan UNISEL yang bermasalah?

Komen aku:

You don't have to stay here if you just wanna enjoy your life without thinking about your future. Always thinking that Unisel "di tengah hutan". Betul ke? 7km je dari pekan. Dah pergi ushar IPT lain? UTP penah pegi? Uniten Muadzam Shah penah pegi?

Tindakan tidak berlandaskan akal korang ni (memburukkan nama IPT sendiri) boleh menjejaskan masa depan orang lain. Internet tempat paling pantas menyebarkan khabar angin, berita dll. Keburukan yang korang hebahkan satu malaya ni bukannya tak boleh dibaca oleh majikan-majikan. Come on la. Majikan-majikan ni dah terlebih dahulu menggunakan internet SEBELUM KORANG pandai guna YM untuk mengumpat tu. Tolong fikir apa kesan tindakan korang.

Aku dah naik fedup dengan orang ramai cakap itu la ini la, bla bla bla pasal Unisel. Kalau setakat kawan-kawan korang, makcik-makcik korang yang dok bercerita pasal ni takpa la.

Abes tu kalau MAJIKAN-MAJIKAN yang terbayangkan keburukan yang korang hebahkan tu macamane? Walaupun itu takda kena mengena dengan student, tapi dengan penuh bangganya korang memburukkan nama institusi korang sendiri. Jangan nak tunggu 4-5 tahun dari sekarang baru nak sedar. Dah tersembam, boleh bangun, kalau tenggelam, silap haribulan lemas terus.

Dah tau korang spent banyak duit, pandai2 fikir camana nak dapat return balik.

Tolong jangan jadi SAMPAH atau anjing yang menjilat taik sendiri.

-Hazriel-