Laman Blog ini kelihatan segak lagi tampan dengan browser Internet Explorer 6 dan ke atas.

Saturday, April 11, 2009

Jangan Tegur (Cerita Melayu Tak Pernah Gagal)


9 April 2009 released.
10 April 2009 aku gi tengok.

Dari segi kualiti gambar, komposisi, rasanya Ahmad Idham memang dah bijak dan lebih kreatif berbanding dulu.

Tapi walaumacamana pun, cerita melayu di pawagam memang tidak pernah gagal mengecewakan aku dari segi sound dubbing... Sakit mata tengok mulut dengan suara tak selari... nangis suara tak selari dengan cara sedu-sedan... adoiii tahun brape baru bleh improve ni... kualiti bunyik samaaa je macam cerita sembilu tahun 90an dulu...

Jalan cerita buat aku mengantuk... kalau takde sound effect, jangan harap la aku nak tekejut... (walaupun aku ni memang terkenal dengan kuat terperanjat² dikalangan rakan² sejagat).

Aku dah buang RM10 aku malam tadi. Takpe. Sokong industri laaa bak kata orang. Walaupun orang lain yang kaya, aku yang kopak, tapi sebagai penyokong industri yang tak pernah jemu mengharap kan improvement dari filem tempatan yang sangat seksa untuk improve kan kualiti bunyik, aku terus menonton. Pakai je la microfon biasa, julur2 skit kat atas screen pon takpe... buat cam drama... takde sakit telinga aku ahh... sekian


Sunday, January 4, 2009

Penggunaan Tali Pinggang Kaledar Penumpang Belakang TIDAK CUKUP




Penat kerajaan kita pikir, camane nak kurangkan kemalangan maut. Rasanya tak cukup kalau sekadar mewajibkan pemakaian seat belt bagi penumpang belakang, tak cukup tuu... apo kato kita add some more... Full Face Helmet... dicipta untuk melindungi janggut, dagu, bibir, mulut, misai, hidung, pipi, mata, kening, dahi, kepala dan kepala hotak. Adalah tidak wajar jika undang² yang digubal, tidak menitik-beratkan keselamatan kepala otak mau pun hangguk.




Neck Support. Digunakan untuk menyokong tengkuk la. Helmet tadi nak jaga tengkorak. Ni jaga tengkuk plak.



Ni rollcage. Jaga tengkorak, tengkuk, jaga segala. Menjelang tahun 2100, semua ni dah wajib kot. Hehehe... owh ye, jangan lupa pakai seat belt ye...

Thursday, November 13, 2008

7 Sebab Norman Hakim & Memey Suhaiza Cuci Motor Daripada Berkhalwat

  1. Norman Hakim boleh cuci motor depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
  2. Masa sedang Norman Hakim asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
  3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin apabila dibasuh oleh Memey Suhaiza menggunakan sabun.
  4. Apabila membasuh motor, Norman Hakim & Memey Shuhaiza boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
  5. Norman Hakim tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor Memey Suhaiza.
  6. Lepas cuci Memey Suhaiza boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
  7. Memey Shuhaiza tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi di dalam bangunan pejabat. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh basuh motor tanpa takut ditangkap berkhalwat.

Sekadar hiburan di malam Jumaat. Copy paste dari kahkahkah.mnazman

Tuesday, November 11, 2008

SYARAT-SYARAT POLIGAMI (CADANGAN)


  • Sihat tubuh badan.
  • Berpendapatan kencang ( income>3k per wife) haha
  • Perlu mengambil peperiksaan khas

Advance financial accounting
Consolidated Balance Sheet
Consolidated Income Statement

Add math
Probability (kebarangkalian bankrap & etc) hoho
Limits (lu pikir la sendiri)


  • Boleh jadi imam.
  • Boleh mengaji.
  • Tau surah An-nisa’ eh? Translate meh satu persatu. Jangan cicir satu perkataan mahupun ayat. Ada bran?

Yeeehaaa... gerenti ramai laki-laki di luar sana yang memaki hamun aku bila baca post ni... esp yang gatal2 miang keladi tak sedar diri & berumur 40tahun ke atas... whoahahaha

Saturday, October 4, 2008

Duit Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang ke.... errr.... 21 buat aku...

Setiap kali raya, budak-budak la yang paling2 seronok... Dapat baju baru, seluar baru, dan paling2 syok sekali, "DUIT RAYA".

Huh... seumur hidup aku ni, (2 dekad lebih dah), duit raya tiap2 tahun, tak pernah cecah RM100... sedangkan member2 aku ada yang sampai RM300...
WOWWWW....

Kenapa duit raya aku sikit? Takpela...aku tetap berbangga, sebab aku rasa, aku lah antara kanak-kanak yang bermaruah... MARUAH???

Rumah aku ditakdirkan mempunyai undang2 ketat (cuma tiada akta khas yang pernah digubal)... Salah satu daripada undang2 Perayaan Aidilfitri adalah:
  1. mana mak abah pegi, WAJIB follow... ekau jangan ngada2 nak tinggal... penampar nak???
  2. mesti pakai kasut, jangan mengada2 nak pakai selipar... penampar nak???
  3. Baju mesti "tuck in"... hahaha teringat plak zaman kecik2 dulu...
  4. Pegi umah orang, dok diam2...mana mak duduk, situ la ekau duduk... jangan ngada2 nak berjalan2 dalam umah orang...
  5. Jangan pergi beraya sendiri... kalau nak pegi beraya dengan kawan2 buleh... tapi make sure pegi rumah orang yang KENAL je... tak kenal, jangan ngade2 nak pegi... tunjuk muka tak malu, datang umah orang semata2 nak mintak duit raya... TU BUKAN BUDAYA KITA !!!
  6. Dah tak ingat dah apa undang2 lain... akan di update kemudian kalau dah teringat nanti...

Apa yang nak disampaikan kat sini sebenarnya, pasal duit raya je...

Didiklah anak2 supaya jadi manusia yang bermaruah... carik duit dengan jalan yang betul... bukan menjaja muka ke tiap2 rumah, tanpa usaha yang betul, semata-mata nak dapatkan duit raya... adab & tertib kat rumah orang pon nak kena diajar...

*Pernah ada kes, budak datang beraya kat umah aku, datang kayuh basikal 6km, semata2 nak beraya kat umah orang yang tak kenal... Part paling best, gigit kuih raya sikit, pastu letak balik dalam bekas... sungguh hebat cara hidup kanak2 tersebut... syabbasss syabbasss...

Wednesday, September 24, 2008

Mat Salleh Melatah?

Dah lama nak tulis pasal cerita ni. Tapi tak berkesempatan. Agak sibuk 2-3 bulan kebelakangan ni.

Ok cerita kali ni kisah mat salleh melatah.

Satu hari, aku dan budak serumah aku pegi makan nasik lemak antarabangsa. Mana lagi kalau tak Kampung Baru KL. Nak dipendekkan cerita, tengah kiorang makan-makan sambil sembang-sembang (contoh tak baik ni untuk kanak-kanak), datanglah segolongan "foreigner" duduk sebelah meja kitorang. Dengar la dorang bincang² nak order apa... "ice lemon tea... aaa... no no no... hurmmm....skyjuice... blablabla"...

TIBA-TIBA

Salah sorang dari dorang ni mencucuk pinggang salah sorang geng dorang ni la (beterabur ayat kali ni).

Dan dengan sepantas kilat terkeluarlah satu perkataan "oh babi"... Aduuhaiiii boleh pulak melatah bahasa melayu... hahahahaha.... aduhaiiii....